Jumaat, 22 November 2013

KHIDMAT DAN SUMBANGAN

SUMBANGAN
Dalam kita mengatur dan mengolah segala cara hidup seharian di samping menghadapi tugasan rutin,sudah semestinya kita tidak sedar sesuatu telah kita lakukan yang pihak lain mendapat menafaat dan menghargai apa yang kita lakukan secara tidak disedari.

Sumbangan itulah yang membuatkan orang lain mengingati kita,sumbangan positif yang boleh dijadikan teladan mahu pun pengajaran.Kagum dengan apa yang kita lakukan atau sekadar tahu dan ingat bergantung kepada saiz atau sukarnya perkara yang dilakukan.
Kecil atau besarnya sumbangan itu,yang pasti kita akan tinggalkan kepada orang yang mengetahuinya.Mungkin yang tahu adalah ahli keluarga kita,rakan sekerja,masyarakat setempat atau kepada majikan dan jabatan kita.Kita tidak mengharap imbalan kita serah kepada ASWT semoga daripadaNya kita akan beroleh sesuatu sesudah kita tinggalkan segalanya di dunia maya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUMBANGAN © Saidi Liasan G Ogos 2013:
  • Ke Laman Utama