Ada di antara rakan yang terkejut dengan kehadiran saya,namun ada yang lebih faham kerana selama ini saya tidak begitu sihat unruk berurusan di PPD Beluran.Sebelumnya saya hanya mewakilkan kepada Cikgu Malik Tajim.Cikgu Andrew Tangil dan Ckgu Sarimah Onong.
Banyak maklumat yang tercicir dan kurang tepat saya terima apabila wakil ke mesyuarat hanya dapat menerangkan sebahagian daripada kandungan mesyuarat yang mereka hadiri.
Insyallah jika keadaan kesihatan saya terus baik seperti yang ada sekarang,saya akan terus mengambil tempat untuk menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan pengurusan kokurikulum.Walaupun masih bertongkat tetapi pergerakan saya sudah cukup selesa,ada kalanya saya berjalan menggunakan hanya sebelah tongkat.Kalau berjalan jauh saya kena jugalah guna dua tongkat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan